Pusat Hemodialisis MAIDAM

Bank Rakyat

Terengganu, Malaysia

  • Sasaran Kutipan

    RM952,740.00

  • Kutipan Terkini

    RM952,740.00

Kutipan Terkini:
100% (Selesai)
Perkembangan Projek:
100% (Selesai)
×

Borang myWakaf

Saya telah membaca dan bersetuju dengan segala Terma dan Syarat

-Nilai minimum setiap project adalah RM 10.00
-Nilai Wakaf tidak boleh melebihi RM 30,000.00
-Setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM 0.50

BACK

About the campaign creator

×
Bank Muamalat
Kelantan, Malaysia
0 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Latar Belakang Kempen

Sektor

Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan

Tujuan

Untuk membeli peralatan perubatan dialisis seperti Mesin Hemodialisis, Mesin Dialisis Pemprosesan Semula Automatik dan mengubahsuai serta menukar banglo 2 tingkat di atas tanah wakaf kepada Pusat Hemodialisis (Pusat) MAIDAM. Ia akan ditempatkan di Taman Alamanda, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, Terengganu.

Dengan bilangan pesakit dialisis yang semakin meningkat, dua puluh lima (25) pusat hemodialisis di seluruh Terengganu masih tidak dapat memenuhi permintaan. Pada masa ini, terdapat 2,006 pesakit buah pinggang di Terengganu. 1,367 sedang menjalani rawatan, 348 dirawat ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis’ (CAPD), manakala 291 lagi pesakit berada dalam senarai menunggu.

Impak

Sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaian selesai, Pusat ini dijangka memberi perkhidmatan kepada pesakit di Kuala Terengganu. Butiran kemajuan kerja adalah seperti berikut:

ItemButiran
Permulaan pengubahsuaian8 November 2020
Tarikh siap dijangka22 Februari 2021
Tempoh12 Minggu
Kemajuan pengubahsuaian30%
Peralatan Perubatan DialisisPembelian peralatan Perubatan Dialisis akan dibuat setelah selesai pengubahsuaian

Untuk makluman, kos pengurusan Pusat (pengambilan kakitangan, barangan perubatan pakai buang dll.) akan diasaskan melalui peruntukan zakat. Pusat ini akan diuruskan oleh Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu dan ditadbir oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pecahan Kos

No Item Kos (RM)
1 Kos Pengubahsuaian 182,000.00
2 Anggaran kos Peralatan Perubatan 770,740.00
Jumlah 952,740.00

Tarikh Mula

27 December 2018

Kontraktor yang dilantik oleh MAIDAM

  • Kontraktor : Sani Gas Sdn Bhd

Ahli JMC

Pengerusi
Dato' Haji Osman bin Muda - Yang Di Pertua MAIDAM

Timbalan Pengerusi
Dr Mohammad Hanis Osman - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Rakyat

Ahli Jawatankuasa:
1. Tuan Haji M. Rozi Bidin - Ketua Pegawai Eksekutif, MAIDAM
2. Saidi Salleh @ Sulong - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIDAM
3. Nizam Sani - Ketua Pegawai Komunikasi Pemasaran, Bank Rakyat
4. Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak - Ketua, Pematuhan Syariah, Bank Rakyat

Perkembangan Projek