Kumpulan CIMB ialah bank ASEAN tertumpu terkemuka dan salah satu penasihat korporat terulung di rantau ini. Ia juga merupakan peneraju dunia dalam kewangan Islam. Kumpulan itu beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, dan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam dan pengurusan aset. Ia merupakan kumpulan perbankan kelima terbesar mengikut aset di ASEAN dan, pada akhir Mac 2023, mempunyai kira-kira 33,000 kakitangan dan lebih 20 juta pelanggan.