Tarikh : 12 Mac 2020, Khamis
Tempat : Tumpat, Kelantan
Wakaf MAIK Muamalat bersama-sama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah merasmikan Pusat Latihan Mualaf di Mukim Kok Keli, Tumpat, Kelantan pada 12 Mac 2020 di Tumpat, Kelantan melalui inisiatif myWakaf. Perasmian pembukaan pusat ini telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf MAIK Muamalat merangkap Yang Dipertua MAIK, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Aziz.
Di antara matlamat pembukaan Pusat Latihan Mualaf ini adalah untuk menyediakan penginapan sementara kepada saudara baru Islam di Kelantan. Pusat ini membenarkan saudara Islam yang baru memeluk Islam untuk menginap secara transit dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan sehingga mereka dapat menguruskan diri dari segi pengetahuan am tentang agama Islam.
Pencapaian
Pusat Latihan Mualaf ini boleh memuatkan sekitar 50 orang dalam satu masa. 10 orang saudara baru Islam yang telah menginap di pusat latihan ini tanpa sebarang bayaran dikenakan dan tidak hanya tertakluk kepada penduduk negeri Kelantan sahaja malah kepada penduduk di negeri-negeri lain. Di samping itu, pusat latihan ini juga ada menyediakan asrama termasuk bilik keluarga, dewan serbaguna, dewan makan serta kelas agama.