KUALA LUMPUR: Terdapat peluang besar bagi kewangan Islam untuk memanfaatkan sepenuhnya alat yang ada untuk inovasi kewangan bagi memenuhi keperluan pembiayaan, pelaburan dan perlindungan risiko perniagaan dan masyarakat yang kini lebih pelbagai dan kompleks.
Ia termasuk instrumen seperti sukuk, pembiayaan bersindiket dan pembiayaan campuran pada skala yang lebih besar.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata ruang untuk inovasi dalam kewangan Islam adalah luas, namun, sehingga hari ini, potensi penuh kewangan Islam masih belum dioptimumkan sepenuhnya sebagai alat untuk perubahan bermakna bagi memenuhi keperluan kewangan dunia.
Beliau berkata, ada pelbagai kontrak dan instrumen Syariah yang boleh disesuaikan dengan penyelesaian kejuruteraan yang boleh memenuhi pelbagai keperluan segmen masyarakat yang berbeza.
Katanya, kewangan Islam juga mempunyai keupayaan untuk ‘menggabungkan kewangan’ menggunakan bentuk modal yang berbeza seperti modal dermawan dan modal berisiko, sekali gus mengembangkan peranan pengantaraannya melangkaui peruntukan kredit dan pemindahan risiko.
“Dalam pelan transformasi ekonomi negara terkini termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu, pembiayaan peralihan ekonomi dan kelestarian Malaysia dianggarkan memerlukan kira-kira RM1.4 trilion menjelang 20505, dan dengan itu, memerlukan penggunaan mekanisme pembiayaan yang lebih meluas,” katanya pada pembukaan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-18 (KLIFF 2023) di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur KLIFF 2023 dan Pengerusi Amanie Group, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Gabenor bank pusat berkata, salah satu alat yang tersedia untuk bank Islam di Malaysia memanfaatkan ialah Akaun Pelaburan (IA) kepada pelaburan yang didorong oleh impak perantaraan.
Beliau berkata, industri boleh menggerakkan sumber pembiayaan baharu dengan lebih aktif sambil mengembangkan aset asas yang dibiayai oleh IA ke arah projek sejajar Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Katanya, ciri-ciri IA boleh menjadi serba boleh, yang mana ia juga boleh ‘berpadu’ dengan mekanisme kewangan sosial, mengambil inspirasi daripada inovasi terkenal dalam struktur sukuk-Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).
Pada majlis pembukaan rasmi forum itu, Abdul Rasheed juga melancarkan myWakaf 2.0, dengan tumpuan yang lebih tajam terhadap pemerkasaan komuniti dan ekonomi serta mekanisme pemantauan yang lebih terkoordinasi, myWakaf mempunyai potensi besar untuk memacu pembangunan sosio ekonomi negara.
Source:Bharian