Inisiatif myWakaf ialah sebuah idea kolektif daripada (6) buah Perbankan Islam iaitu ahli-ahli kepada Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) untuk memperkasakan masyarakat melalui inisiatif wakaf.

Kami percaya bahawa Perbankan Islam sepatutnya menawarkan lebih dari sekadar servis perbankan, dengan ini kami dengan bangganya menawarkan fasiliti unik yang mengubah cara tradisi kutipan wakaf.

 

MASA AKAN SENTIASA BERUBAH. NAMUN KOMITMEN KAMI UNTUK MELIHAT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK TERHADAP MASYARAKAT TIDAK AKAN PERNAH BERUBAH.

 

myWakaf merupakan inovasi kepada kutipan wakaf di mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dapat meneroka ruang yang lebih luas daripada penyumbang-penyumbang yang berpotensi seperti korperat dan syarikat.

Dengan kerjasama erat di antara MAIN dan Bank-Bank Islam, myWakaf percaya ia akan memberi sumbangan yang teguh dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan projek wakaf.

Kenapa Kami Berbeza

  • Jenama yang dipercayai

    Setiap bank mempunyai kisahnya yang tersendiri. Bank-bank ini telah berjaya mencipta tanda di negara ini dan telah membantu beribu-ribu pelanggan dengan pelbagai jenis produk dan servis perbankan. Kesemua jenama yang dipercayai ini telah bersetuju untuk bergabung tenaga di bawah jenama myWakaf.

  • Budaya Tadbir Urus Korporat yang Baik

    Sebagai institusi perbankan, kesemua (6) buah bank dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Bersama di bawah myWakaf, bank-bank tersebut turut membawa bersama budaya tadbir urus korporat yang baik dalam menguruskan inisiatif ini.

  • Semak dan Imbang

    Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan antara Bank Peneraju dan rakan kongsi MAIN. Keahlian jawatankuasa terdiri daripada individu-individu yang dihormati daripada kedua-dua organisasi. Ini akan menyumbang kepada keseimbangan dalam menguruskan projek ini.

  • Ketelusan

    Sebarang perkembangan baru projek akan sentiasa dikemaskini di portal myWakaf dan laman sosial Facebook dalam bentuk  laporan yang terperinci.

  • Senang dan Mudah

    Gabungan 6 buah bank ini membolehkan myWakaf untuk menawarkan pelbagai jenis saluran kutipan di seluruh negara. Penderma boleh memilih untuk membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan JomPAY atau pindahan Internet atau menyumbang secara di luar talian melalui cawangan-cawangan bank yang terlibat.

  • Pengalaman Kami

    Pelbagai projek sebelum ini dilaksanakan oleh bank yang terlibat antaranya adalah Wakaf Selangor Muamalat (Bank Muamalat), Wakaf Perak Ar-Ridzuan (Maybank Islamic), Menara Imarah Wakaf MAIWP dan Taman Wakaf Seetee Aisah Pulau Pinang (Bank Islam).

Perjalanan Derma myWakaf

Pilih Projek

Projek-projek terpilih terdiri daripada (4) sektor yang berbeza iaitu Pendidikan, pemerkasaan Ekonomi, , Kesihatan dan Pelaburan. Kesemua MAIN yang terlibat akan menyenaraikan satu projek sebagai kolaborasi strategik untuk negeri masing-masing. Projek baru akan ditambah dari semasa ke semasa.

Pilih Metod Pembayaran

Terdapat pelbagai metod pembayaran yang ada seperti JomPAY, Internet Biller, dan pindahan ATM.

Sumbangan Derma Anda

Setelah anda membuat keputusan untuk menderma di mana-mana projek, anda boleh terus membuat pindahan ke akaun projek tersebut.

Sumbangan anda akan diselia di bawah “Akaun Amanah” yang dimiliki oleh MAIN terlibat. Bank dan MAIN tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap wang tersebut dan hanya bertindak berdasarkan arahan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).

Penggunaan dana

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) adalah jawatankuasa ditubuhkan antara antara Bank Peneraju dan rakan kongsi MAIN.

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) akan bertemu secara berkala untuk menentukan perkara berikut:-

  • #1 Di Mana dan Bila untuk menggunakan dana tersebut. JPB boleh menentukan untuk melaburkan sumbangan yang terkumpul sebelum mencapai amaun sasaran untuk pelaksanaan projek. Dana tersebut akan disalurkan ke dalam projek apabila diperlukan.

  • #2 Strategi pemasaran semasa ketika dalam fasa kutipan. Bank-bank dan MAIN akan bergabung dalam kempen pemasaran untuk memastikan pengumpulan dana adalah cukup dan dapat dicapai dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  • #3 Status akan dikemaskini dari semasa ke semasa. JMC akan mengemaskini perkembangan terkini setiap projek kepada sekretariat myWakaf.

Kemaskini perkembangan kutipan Wakaf dan prestasi projek.

Perjalanan wakaf anda tidak berakhir apabila sumbangan telah dibuat. Anda boleh melihat perkembangan projek wakaf pilihan anda dari semasa ke semasa melalui portal myWakaf.